Dalam dunia, kau tak boleh hidup dalam dunia sendiri kalau kau mahu persefahaman. Kalau kau sibuk cari jalan seronok kau seorang, kau mungkin hilang jalan pulang untuk kembali kepada kenyataan.
Aku tak banyak bercakap dengan orang sekeliling sebab percayalah bahawasanya aku lebih suka berkomunikasi dengan bahasa badan. Kadang-kadang dalam kepala aku ligat bertelagah antara mahu dengan tidak, setuju atau tidak setuju. Jadi perkataan itu tidak terkeluar dalam bentuk lisan.
Ada perkara aku sangat mahu bahaskan dengan orang tapi lidah jadi kelu. Ada masa aku menangis saja dalam hati walaupun aku sedang bersendirian.
Ya aku sedar aku tak mampu ubah apa yang orang lain suka dan tidak. Aku hanya mampu minta pada Allah kurniakan apa yang terbaik buat aku.