me. you. everybody.

.

Wednesday, June 10, 2020

Peranan Abah.

Abah mainkan banyak peranan dalam proses aku membesar. Dulu abah memang garang sebab anak-anak 'terlebih' baik. Haha! Tapi aku rasa aku membesar dengan banyak karakter abah berbanding mak. Bila dah besar baru banyak kearah cara mak juga. 

Dulu masa kecil, aku rasa macam aku ni sebenarnya anak lelaki tau. Aku selalu ikut abah panjat bumbung rumah sendiri atau bumbung rumah tokwan untuk betulkan arial TV. Punya seronok kalau dapat panjat tempat tinggi. Kalau abah panjat pokok rambutan, aku pun panjat sekali. Kalau abah menembak burung, aku pun join sekaki. Musim durian aku ikut abah masuk dusun tokwan tunggu durian luruh untuk dikutip. Punya lah takut kalau jalan belakang sekali sebab gelap. Semua imaginasi keluar. Hahaha. Kadang-kadang nampak abah repair barang-barang, aku suka menyibuk juga. Teringat satu masa tu abah tengah pateri board. Sejak dari haritu, aku suka betul dengan pateri. Bila aloi mencair, aku jadi teruja. Kalau aku senyap tu mak akan cari aku sampai jumpa sebab aku ada je projek dengan barangan repair abah. 😂

Sebenarnya sejak kecil, abah selalu busy dengan kerja. Tapi bila cuti, abah selalu utilize masa yang singkat tu dengan kami. Aku tak pasti dengan adik-adik aku macamana tapi pengaruh abah pada aku memang kuat walaupun aku lebih rapat dengan mak. Aku masih ingat sampai sekarang abah jadi kuda aku merangkak pusing dalam rumah. Aku ingat lagi perasaan kena lambung dengan abah masa aku sangat kecil. Punya lah scary oi perasaan duduk diudara tu. Tok selalu marah abah sebab lambung aku, mak cakap. Takut terlepas lalu menyesal. Huu

Makin besar, makin aku tak rapat dengan abah secara emosional. Aktiviti je masih buat sama-sama tapi aku lebih suka menyendiri. Abah pula selalu nak kami libatkan diri dalam semua perkara yang dia buat, jadi kadang-kadang tu rasa macam terpaksa je buat untuk puaskan hati abah. Antara adik beradik, aku tahu aku yang paling degil, keras kepala dan selalu kena rotan. Bila fikir balik, menyakitkan hati betul ada anak macam aku ni. Hahaha! 

Masa hari sekolah, abah tak bagi tengok TV jadi dia akan cabut satu plug dekat main switch. Aku yang bijak ni akan on masa abah mak tak ada dekat rumah. Bila nampak kereta masuk porch, kelam kabut panjat tangga pergi tutup semua. Astaga nakal betul. Ya , switch tu ada dekat tingkat atas jadi memang kena pantas sepantasnya. Kadang-kadang tu aku rasa abah tahu je tapi selamat juga. Disebabkan itu, sampai sekarang aku tak suka tengok TV sgt pun.

Aku paling cepat belajar dengan kemahiran teknikal sebab abah. Aku observe dan terus otak berkembang. Kalau subjek kemahiran hidup dekat sekolah, aku mesti orang pertama yang siap untuk projek elektronik, paip, kerja kayu dan repair. Kalau bagi aku kerja menjahit, paling last sebab aku tak minat langsung. Sampai sekarang pun kalau repair benda yang tak serius, insya Allah aku boleh buat sendiri. Terima kasih abah ajarkan aku semua tu. Kalau aku ada dekat rumah, abah suruh aku je yang drill dinding atau kerja-kerja yang tak perlukan kemahiran tinggi untuk diselesaikan. Bak kata abah, aku lah anak lelaki dan aku lah anak perempuan dia. Tapi part degil tu sampai sekarang abah tak boleh bentukkan aku jadi tak degil. Haihh

Aku selalu perhatikan adik-adik aku yang lebih manja dengan abah berbanding aku tapi sebenarnya bila fikir balik, abah paling banyak melayan kerenah aku. Adik-adik yang lain balik cuti semester kadang-kadang balik sendiri je tapi aku tak pernah sekalipun abah tak ambil masa cuti. Every single time dia akan ambil aku dengan mak. Kerja pertama aku dapat dekat KL pun, abah dan mak yang hantar semua barang-barang aku sekali. Adik aku? Sendirian berhad je sebab aku dah ada dekat KL. Pandai-pandai engko lah datang sendiri. 😂

Aku tak sabar nak balik kampung sebenarnya sebab dah lama tak balik sejak PKP ni. This week balik, ah tak sabarnya! Rindu sangat abah dan mak dan kampung halaman. Nanti jumpa abah, lepas salam dan sembang kejap. Aku tahu, lepas tu mesti aku akan cari pasal dengan abah. Tak pun abah cari pasal dengan aku. Haih, rutin.