me. you. everybody.

.

Tuesday, May 16, 2023

Perkara

Semakin dewasa, semakin aku menjadi manusia yang sukakan benda simple. Yang tak sukakan serabut bandar, lebih sukakan alam yang lebih mendamaikan, sangat nyaman dalam circle yang sangat kecil, cukup suka buat perkara yang aku minat bersendirian dan tak suka mengambil tahu terlalu banyak tentang perkara yang tiada kena mengena dengan aku (yang ini memang sejak dulu lagi. Tak sukakan drama walaupun aku yang selalu mulakan drama lain. Hurm!). 

Ada terlalu banyak perkara dalam kepala aku yang sentiasa overthinking ni untuk disingkirkan. Dalam masa yang sama,  aku sibuk mencari skil baru dalam hidup. Minat aku memang sentiasa berubah sebab aku jenisnya manusia yang cepat bosan. Selalu sekerat jalan bila rasa dah mula reti dalam sesuatu yang aku minat tapi bersungguh-sungguh untuk memahami dan mencuba dari mula. Mungkin untuk sibukkan kan kepala sendiri supaya aku fokus pada satu benda sahaja.

Hobi aku dari dulu yang paling ketara ialah observe bermacam-macam hal. Manusia, binatang, laut, bulan bintang matahari, atau apa-apa perkara random. Duduk disuatu sudut dan perhati. Tapi benda ni buat secara tak sedar kadang-kadang. Lepas dah observe, aku analisis benda ni boleh apply atau tidak dalam hidup aku. Nak judge orang aku tak pandai tapi aku mudah faham maksud tersirat atau bahasa basa basi. Dan alhamdulillah, sekarang aku dah tak berfikir atu main game dalam tidur. LOL

Semakin meningkat usia, semakin aku tak peduli apa kata orang. Tipulah kalau langsung tak peduli, cuma sekurang-kurangnya aku anggap aku hidup bukan untuk favor sesiapa. Kau suka, sukalah. Kalau tak suka, kau punya pasal lah. Asalkan aku tak kacau hidup kau secara sengaja sudahlah. Kalau ada benda yang aku boleh pesan pada diri sendiri dizaman remaja dulu, aku akan suruh aku yang muda tu untuk tak kisahkan cakap orang. Ini kan hidup kau sendiri, kau tentukan. Kalau nasihat tak apa, tapi ambil yang positif saja lah. Sebab kisahkan sangat cakap orang, hati sendiri asyik susah.

Ok dah, bye.

Aku nak pergi cari makan.