Tapi cepat-cepat aku pergi masuk dalam air yang sejuk dan tinggi. Aku rasa ego tapi tak mahu berlarutan. Dah tenang sedikit, aku pergi minta maaf dan salam. Tiba-tiba aku ditarik dan dipeluk kuat-kuat dan kena smackdown laju-laju. Masih kaget, aku terus tersedar bahawa itu tanda marah yang sangat sayang untuk aku. Aku menangis tak henti dibahu sahabat tadi. Dalam 2-3 minit juga. Aku tak pasti kenapa tapi airmata tak mahu berhenti keluar jadi pelukan tadi tak mahu aku leraikan. Berkali sahabat tadi tanya sama ada aku okay. Aku geleng sambil jawab, tak. Aku sambung menangis.
Ah rupanya aku terlalu rindu pada sahabat yang seorang ini. Sahabat yang selalu menasihati, yang selalu jawab telefon sekali sekala aku telefon bertanya khabar, yang sabar dengan aku. Yang sudah lama tidak aku bersua muka. Aku sengaja cari pasal. Maafkan aku. Aku lega sebab aku sedar dengan cepat.