me. you. everybody.

.

Tuesday, March 22, 2022

2022

Masa terlalu pantas berlalu sejak 2020. Tak sempat nak mengejar rentak peredaran masa yang kian menjauh. Banyak perkara yang aku rasa bagai mimpi dan tiba-tiba hilang dalam masa  5 saat. Ya, macam mimpi kau pagi-pagi lah sekejap sahaja sudah terpadam dari memori. Aku rasa macam nak mula ber-vlogging pula tapi belum jumpa kekuatan nak beri komitmen untuk edit. Lagipula, macam lah kehidupan aku ni menarik sangat. LOL. 

Sejak kebelakangan ni, aku macam tak suka beli makanan luar. Lebih suka masak sendiri walaupun simple tapi aku yakin bersih. Paranoid betul aku rasa kadang-kadang. Ah bulan puasa pun dah makin dekat jadi aku rasa masa akan terasa lapang sikit lah sebab masak sekali saja sehari. 





Hari kau bagaimana ? Ok, bukannya kau boleh jawab pun sebab komen aku tutup. Haha padan muka.