Rindu yang paling sakit adalah rindu yang paling jauh yang takkan pernah aku jumpa lagi. Rindu yang paling parah yang amat sedih. Rindu yang paling menyeksa jiwa bilamana aku dengar suara nya berlegar-legar dalam kepala, percakapannya yang amat jelas, gelak tawanya, gurau sendanya, cuma beza kini dia tak ada lagi didepan mata. Rindu ini yang teramat sangat hingga aku tak mampu lelapkan mata dan tiba-tiba menangis ditengah malam buta.
Rindu yang paling sakit adalah ketika aku pergi kerumah dia dan aku tak mampu menyapanya lagi. Apatah lagi untuk mendengar dia menjemput aku masuk sambil bertanyakan khabarku. Rindu ini amat sakit sebab tiba-tiba ia menyerang diwaktu yang tak aku jangka.
Rindu ini apa ubatnya? Aku tak tahu. Mungkin dengan berdoa untuk dia? Sebab kalau aku terus menangis sahaja, dia tetap semakin jauh dari aku.
Tapi ya, aku makin rindu. Aku masih rindu. Tapi aku dah hilang dia. Semua orang sudah kehilangan dia. Ya, semua.
Rindu adalah amat menyakitkan. Terutama bila aku sedar kini yang aku sangat menyayangi dia. Dan terlalu banyak rupanya yang aku perhatikan dia tanpa sedar dan banyak aku ingat tentang dia sejak dulu. Terima kasih ajarkan aku bermacam perkara. Dan disebabkan itu, aku sangat merindui semuanya.
Tak pasti kalau kita akan bertemu lagi diakhirat sana tapi aku doakan semuanya baik-baik untuk dia sekarang. Sungguh, aku teramat sayangkan dia.