Baiklah. Entry ni bukan entry yang akan sakitkan kepala kau bila membaca macam selalu ya. Ok ok, janji.
Orang lain semua dah mula packing barang segala nak balik kampung halaman tapi aku baru start paper pertama hari ni. Housemate aku sudah siap balik rumah dia lagi. Dengki. Ok, itu bukan perkara yang utama untuk dipadankan dengan headline di atas. Paper jam 245 petang sebenarnya maka kami bertolak jam 2petang dari rumah. Wahh. Hujan lebat! Dengan tegarnya layankan sahaja hujan. T___T
Sampai sahaja dewan besar, aku dah basah kuyup. Padan muka siapa suruh mintak kena drop dekat ATM depan kampus. Lenjun. Yayyy! Grr. Masuk dewan dengan muka selamba lepas tu seat pula tak cukup jadi aku pergi duduk dekat tempat batch lain. 3 jam menggigil jawab periksa. Dengan kepala pening sebab sejuk, tangan menggigil. Adehh. Tersangat lah 'seronok'. Tamat saja masa, terus menggigil teruk. Bayangkan seluar jeans basah dan duduk melekap pada kaki kau selama 3 jam. Dan didalam AIRCOND!! Ya, cepat pergi buat sekarang dan duduk depan kipas stand kelajuan maksimum untuk turut merasa! Huuu. Dengan laparnya lagi. Haishh! Apa nak jadi sampai makan pun lupa. Sigh.
Paling best sekali.
Bila tamat peperiksaan, kena pergi submit kertas dekat depan sana nun sebab aku tak duduk dalam kumpulan. Lepas tu classmate aku boleh kata pula depan tu ada seat lagi sebenarnya. Haha. Tak lawak sebab badan dah mula tak sihat. T__T
Memang bila tak ada kerja tangan aku gatal nak melukis pun. T__T
Sejuk menggigil lagi. Masih.