Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, July 11, 2017

Things.

Hujan masih rintik-rintik. Matahari belum timbul jelas walaupun sudah hampir 8 pagi. Kadang-kadang semua benda yang kita tak nampak itu tak semestinya ia tiada disitu. Ada bayang tapi kita tak pasti dari mana datang asalnya. Tapi kita percaya.

Aku kerap mimpi. Setiap hari mimpi yang berbeza-beza dan selalunya aku tak ingat apa-apa. Tapi ada jenis mimpi yang akan aku karangkan semula untuk pastikan aku tidak lupa. Macam perkara yang benar-benar berlaku dan aku mahu simpan dalam kepala untuk kenangan, begitulah. Tapi benda itu tidak berlaku dikehidupan sebenar cuma aku yang terlalu mahu untuk percaya ia benar-benar berlaku ada kalanya. Eh aneh.

Kau tahu tak, emosi aku selalu bekerjasama dengan pandangan mata aku untuk menghasilkan impak berlainan genre? Jadi kadangkala kau mungkin akan terlebih gembira bila ada dengan aku. Hari lain pula mungkin kau akan rasa terluka dan sedih dengan cara aku. Yang itu terpulang pula dengan cara kau menyantuni aku. Kadang-kadang aku sendiri yang sengaja menyakiti supaya aku ada masa lebih untuk menjauhi manusia. Biar ada waktu yang cukup untuk aku berfikir dan menilai kehidupan sendiri. Benda yang tak nampak tapi  ada. Memang aku selalu cuba sorok dari kau kau dan kau. Dan dari diri sendiri.