who? me?

Me, according to you.

TIME:



Tuesday, March 01, 2016

Berhenti

Jam sudah mencacak nombor dua dan dua belas. Sudah tepat pukul dua pagi. Aku sedang bersihkan otak. Sedang bersihkan hati dan jiwa raga. Dah lama tak demam, sesekali mencuci sisa baki karat dan lumut lama. Dalam kepala sudah banyak sawang menutupi aras kemurungan.

Aku tahu asas untuk gembira adalah diri sendiri. Jadi aku sedang fikir bagaimana mahu ketawa kuat-kuat macam dulu dengan lebih kerap. Cari jalan bagaimana mahu selalu senyum tanpa sebab yang munasabah. Hey aku juga mahu gembira macam kau, kau dan kau. 

Insya Allah nanti akan ketemu.
Kau doakan lah. Jangan biar kosong lagi dalam ruang itu.