Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, August 06, 2015

Miniskus.

Lekukan air didalam balang buat aku rasa betapa sukarnya kita nak benda tu macam yang kita nak. Macam yang kita idamkan. Macam apa yang hati kita hendakkan. Ada perkara yang tetap juga tak boleh ubah tak kira betapa keras kita usahakan.

Darah aku masih merah. Tapi masih juga dijangkiti warna ungu pekat. Aku tak mampu nak kembalikan keadaan macam yang sebelumnya. Aku rasa perit. Susahnya masa depan dicantas masa silam. Sebab hati aku masih juga disimpan dalam bekas yang sama. Masih. Tak tahu bagaimana boleh aku minta dipulangkan semula. Entah masih bernyawa atau sudah diawet sahaja.

Ada perkara kita tak boleh nak bahaskan kepada sesiapa kecuali diri sendiri. Dan seperti aku, selalunya ada banyak perkara aku tanamkan dalam diri sendiri walaupun belum betul-betul mati semua itu. Tapi sesuatu perkara itu, bila dah lama tertanam nanti dia akan keluar semula mencari kepunyaannya. Ya, aku kini mencari semula hati sendiri. 

Bukan hilang tapi belum dikembalikan.
Mungkin tak akan dapat semula. Tak akan.