Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, March 08, 2014

ethology.

Manusia punya lumrah yang sukar untuk diubah dengan cara yang biasa biasa sahaja. Tiap-tiap kita punya norma dan rutin masing-masing yang mungkin juga ditetapkan oleh masyarakat sekeliling. Bila salah satunya diusik, kehidupan jadi kacau bilau. Kemudian masa akan mengambil tempat sebelum keadaan diperbetulkan. 

Aku kira hidup aku sudah banyak kali jadi begitu. Kau juga? Ya, aku pun tak nafikan. Kadangnya kita kecewa dan sakit hati. Kadangnya emosi berkecamuk mengatasi segala tahap kewarasan.

Andaikata kau terasa mahu menangis, maka menangislah jika itu yang buat kau terasa lebih baik.
aku bukan dari kalangan yang hebat bijak pandai untuk ukur perbuatan itu. Kerana jika aku, aku pilih untuk diam dan bertahan.
Airmata tiba-tiba menjadi murah jika sudah sampai tahap puncak.


Allah, hilangkanlah rasa sakit ini.