Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, June 10, 2013

Subhanallah.

Dulu, aku pernah jatuh cinta kemudian kecewa. Tapi selepas itu, aku tak mahu putus asa untuk cuba jatuh cinta lagi. Lepas satu, satu lagi. Kemudian, ada sekali aku jatuh yang paling dahsyat, paling sakit, paling banyak darah keluar. Itu metafornya. Ya Allah, entah dari mana, tiba-tiba ada sesuatu dalam diri aku sudah lama dipersiapkan untuk cepat-cepat bangun dan aku terus mendongak ke langit sejurus itu. Baru aku sedar bahawa airmata aku sudah lama tidak keluar. Hati aku jadi kering kontang disejat. Aku jadi buntu. Entah apa yang seharusnya aku lakukan tidak terlintas difikiran. Tapi aku rasa aneh kenapa hati aku jadi begitu. Aku rindu perasaan untuk menangis semula. Aku rindu perasaan-perasaan sensitif yang lazimnya ada pada perempuan kerana aku sudah hilang itu. Dipendekkan cerita, jiwa aku jadi kosong. Kemarau di dalamnya.

Tapi aku tahu, Allah mendengar. Dalam pada hati aku yang begitu, Dia jemput aku ke tempat yang indah. Indah seindahnya hingga tiba-tiba semua perasaan yang sudah lama aku hilang itu bagai baru di muat turun kembali kedalam jiwa aku. Versi yang lebih baru dan lebih tersusun. Aku sangat bersyukur. Rupanya, inilah jatuh cinta yang kekal abadi. Kata orang, jika cinta yang ini dapat kita kekalkan, maka akan datanglah cinta yang kita impikan juga. Insya Allah. Aku masih menanti doa-doa aku dikabulkan-Nya. Ada beberapa perkara ajaib berlaku pada aku sewaktu di tempat indah rasul²-Nya itu. Alhamdulillah, syukur. Aku diuji beberapa kali disana sekali dengan pakej demam. Tapi Allah permudahkan semuanya bagai tiada apa yang berlaku. Ya Allah, aku menangis disana. Didepan bangunan hitam itu, aku sujud. Bila aku sakit, Dia sihatkan dan kuatkan aku. Bila aku minta, Dia beri. Syukur. Aku punya impian untuk ke sana lagi bersama keluarga, suami dan anak-anak kelak. Jika dimurahkan rezeki, aku mahu kesana tiap tahun. Subhanallah, pandangan aku pada dunia dan hidup kini kian jelas dan bukan lagi seperti dulu. Allah sudah timbulkan cahaya dalam hati aku. Terima Kasih wahai Maha Pemurah.
Hidup.Mesti selalu bersangka baik pada Allah. Syukur. =')