Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, March 04, 2013

Ruang.

Tengahari yang terik. Lama aku termenung sejak pagi. Perasaan pelik menguasai diri. Rasa bagaikan diri baru terjaga dari satu mimpi yang singkat tetapi mendalam maknanya. Ada kalanya kita tersesat didalam pandangan mata kita sendiri tapi itulah yang membuatkan kita nampak satu sudut lagi dalam kehidupan.
Sungguh, aku terkeliru beberapa hari ini. Ada satu perasaan lain diantara kekeliruan itu yang membuatkan aku rasa bagaikan mahu menjerit.


Ah, aku tak mahu jatuh tersembam lagi.
Parut diwajah ini biar terpudar sendiri. Biar hilang perlahan-lahan sambil jiwa kembali tenang.

Biar kosong sebentar selagi mampu aku teruskan misi.
Sungguhpun sudah ada kesan rongakan pada ruang yang dahulunya padat, namun aku tekad untuk isikannya kembali dengan hiasan yang baru. Biar hidup semula. Biar ceria semula.

Wajah yang dahulunya tampak sama di dalam wajah aku sendiri mahu cuba aku gantikan dengan yang baru.
Biar aku punya sentuhan hidup yang segar.
Hidup mesti berani terima perubahan.
Mesti berani berlari kesimpang yang berbeza dari orang lain.