Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, January 08, 2013

Khilaf.

Otak sedang bermogok. Menerima tidak, memahami pun ia tidak mahu. Malam makin gelap, angin makin dingin. Sesekali fikiran melayang mengingati cuaca pagi yang dingin tapi sangat menyenangkan. Nescafe dihirup perlahan sambil mata meliar melihat suasana diluar tingkap. 
Ah, bandar besar ini sungguh sibuk dan tidak tahu erti tidur. Aku sudah mula jadi muak, jelak dan rimas! Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan sambil pejam. Ada masanya waktu seperti bergerak terlalu perlahan. Masa depan itu kita tak tahu dan untuk itu, aku jadi gementar. Aku tepis semua angan dan pemikiran lusuh. Aku mahu ke sana, ke tempat yang aku kira lebih aman, lebih menyenangkan dan lebih baru. Aku mahu mulakan semuanya dari awal kembali. 

Allah.
Mohon Kau perkenankan permintaanku kali ini.
 insya Allah :')