Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, December 14, 2012

Karnival.

Gula Kapas. Cair bila dikemam dalam mulut lalu hilang dari deria rasa.
Dipintanya pula lolipop pelangi yang paling besar setelah selesai menjamah gula kapas bertona ungu itu. Maya, si kecil yang lincah mulai aktif setelah menjejak usia 2 tahun. Pabila dibawanya ke karnival besar itu buat kali pertama dulu, dia jadi teruja. Setiap ruang digunakan dengan baik untuk berlari-lari tanda gembira tak terkata. Sekali sekala, dia jatuh kerana kaki masih belum betul-betul kuat untuk berlari. Tapi dia tabah, dia bangun kembali dan sambung berlari. Tiada tangisan, hanya gelak comelnya yang kedengaran. Lolipop pelanginya itu sedikit pun tidak terjejas kerana sayangnya ia pada objek yang cantik itu. Pabila penat menyinggah, dia kembali dekat bersama ibunya. Sesekali dia mengusik adik kecilnya. Kedengaran juga tawa riang si kecil yang baru punya dua batang gigi itu. Sama-sama tertawa. Sama-sama gembira. Ah, karnival itu sangat meriah. Kini usianya sudah 4 tahun. Sudah makin lincah dan fasih bercakap. Perasaannya ke karnival masih lagi sama seperti dulu. Tetap gembira. Tetap teruja. Sampai sahaja dirumah, dia terus tertidur.

Sejam selepas itu, pabila mata si ibu baru sahaja hendak tertutup tiba-tiba gadis cilik itu memanggil.

"Ibu.. Maya dah bangun.."
"Kan baru je tidur tadi sayangg..?"
"Maya rindu ayah. Ayah kata nak sambut hari jadi Maya hari Sabtu. Tapi ayah tak balik pun.."

Si ibu terdiam.

"Ibu.. Ayah tipu Maya ya.."
"Ayah sibuk sayang.. Esok Ibu buatkan ya?"
"Tapi hari jadi Maya dah lepas. Hari sabtu.."

Ada sedikit tangis kecewa diwajahnya. Dia mencebik sambil menjeling gambar didalam bingkai didinding bilik. Ditenung dalam wajah ceria ibu dan ayahnya. Dia sayang kedua-duanya sama rata. Ibunya hanya diam sambil perhatikan gelagat si kecil itu. Perlahan, dia memanggil sang ibu dihujung esakan tangis.

"Ibu..."
"Ya sayang?"
"Harini hari jadi ayah kan?"
"Iya.. Harini hari jadi ayah. Maya ingat ya?"
"Sebab bila hari jadi ayah, ayah akan bawa Maya pergi karnival.."

Ibunya tersentak sesaat.

"Ibu.."
" Ya, Maya?"



"Kenapa tahun ni ayah tak ikut bawa Maya sekali?"

. . .