Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, December 07, 2012

Decide.

Kadangnya hidup ini perlukan keputusan segera. Bukan kerana paksaan sesiapa tapi masa yang terkadang membataskan tempoh untuk memilih. Seperti di lebuhraya. Ya, bila tiba di setiap susur keluar, kau harus memilih untuk keluar dari lebuhraya melalui susur keluar itu atau teruskan perjalanan bilamana kenderaan yang sedang kau tunggang / pandu itu sedang bervelositi laju. Ingat, kalau lambat memilih mungkin kau teragak-agak lalu ada kemungkinan untuk kau terlibat dengan kecelakaan. Jangan sampai ada kemalangan jiwa. Dimana letaknya keutamaan antara kata hati dan rasionaliti ketika itu? Jika keluar di susur yang salah, mungkin masalah menanti. Jika terlepas susur yang sepatutnya, kau harus cepat-cepat cari jalan lain untuk ke simpang yang betul itu semula. 

Kau tentukan.

Ya, kau yang harus cepat² tentukan kerana masa terlalu singkat untuk kau putuskan sambil berlengah-lengah. Mana mungkin setiap masa kau cuma mahu ikut arus kehendak hati sahaja?

Cuma ya.
Jangan tersalah buat keputusan lagi kelak.


Ingat ya!