Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, March 09, 2014

Kotak.

Perempuan.
Kalau aku definisikan apa itu, pasti ada pendapat yang akan bercanggah.
Makanya aku pilih untuk simpan dalam hati.

Eh, hati.
Kalau aku simpan rahsia didalam hati, maka siapa pula yang akan tahu kalau aku mati nanti?
Maka aku tuliskan lalu letak didalam kotak. Kunci sampai lima kali ganda perlindungannya.
Kotak pula. Ada orang akan curi. Mungkin. Mungkin.
Jadi lebih baik aku bakar sahaja semuanya. Siap.

Ok baiklah. Perempuan.
Sebenarnya begini..
Apa pun definisinya, sila lah jadi kuat.
Silalah jangan hanya tahu menangis.
Silalah tabah banyak sedikit.


Dan ya, silalah jangan hanya tahu merengek dan mengadu.
Silalah jangan merimaskan pandangan mata orang ramai.
Belajar berusaha lebih sedikit. Boleh?
Belajar kuat lagi dari sekarang. Boleh?
Belajar jangan mengada-ngada sangat. Boleh?
Belajar untuk tidak gedik terlampau. Boleh?
Kalau kau jawab boleh untuk semuanya, syabas!

Eh ya.
Jangan lupa berdikari untuk berdiri atas kaki sendiri.
Apa ha?