Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, September 19, 2012

Senjata.

Ada seorang ninja berdiri tegak dibawah sebuah pohon. Matanya berkaca. Betul, memang ada kaca.
Lima jam yang lepas, ada seekor raksasa melibas segala impiannya. Dia rebah ke tanah. Seratus lima puluh juta kali dia bangun kembali. Sakitnya, pedihnya, deritanya.

Mungkin, kerana dia fikir dia adalah seorang ninja, dia harus kuat. Mungkin, atas sebab itu, dia harus bertahan. Mungkin juga kerana dia tidak mahu rebah jatuh, kalah pada diri sendiri.
Raksasa itu melibas ninja lagi. Kali ini hingga berdarah. Jantungnya hampir pecah, kelak mungkin berderai. Darah dibibir dikesat lalu merahlah sudah permukaan rumput. Raksasa berlalu dengan hati yang puas. Biar pecah jantung sang ninja jika boleh. Biar mati tersadai dipohon yang besar itu hendaknya.

Ninja.
Masih berdiri melihat teguhnya pohon itu berdiri. Melihat si raksasa berlalu pergi. Kemudian dia mentertawakan diri sendiri. Bodohnya fikir dia. Raksasa itu adalah sebahagian dari dia sebenarnya. Jadi, kedua-duanya adalah entiti yang sama.

Dia cuma keliru. Kali ini dia ketawa lebih kuat. Dalam tujuh minit, dia terdiam. Mengalir semua cairan memori. Tersodok dek senjata buatan sendiri. Sangkanya dapat melindungi tapi akhirnya memakan diri. Terbaring, mata melihat ke langit. Kaca masih menikam mata, dibiarkan.

Kemudian perlahan-lahan terpisah nyawa dan jasadnya saat dia mula putus asa.
Raksasa sudah jauh berlalu. Maka tiadalah dia tahu apa yang berlaku kini.

Siapa bilang cerita dongeng semuanya indah?