Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, August 15, 2012

Destinasi.



Lewat malam buat aku kalut menahan masa.
Kalau ada kuasa ditangan, biarlah esok tiba sedikit tertangguh.

Impian. Ah, banyak.

Ada yang masih didalam ingatan.
Ada yang sudah lama tenggelam ditelan masa hingga aku sendiri sudah lupa.
Dalam timbunan impian dalam jiwa nan satu ini, ada satu yang meronta-ronta minta ditunaikan secepat mungkin.
Bukan aku tak mahu tetapi percayalah aku sedang usaha.

Masa depan, impian dan rezeki.

Aku masih berdoa.
Mahu hidup yang lebih baik.
Mahu stabil.
Jangan biar ia goyah.
Kelak jatuh, tak mahu aku terhempap tersepit lalu mati sendirian oleh impian sendiri.

Satu persatu.
Aku cuba. Tak mahu lagi berhenti.
Biar kaki terus menerus berlari kehadapan.
Seperti semalam, seperti sekarang.
Esok harus lebih laju.
Dan ya, diiringi berkat Dia.

Allah, terima kasih atas semuanya.
Kau Maha Hebat.

Aku lebih percaya dan yakin kini.

Terima kasih. =')