Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, July 19, 2012

Pepatung Merah.

Ada seekor pepatung merah hinggap diatas jari aku.
Lama aku lihat, aku bawa ia makin dekat dengan mata.
Tenung dalam-dalam, aku lihat pepatung itu seperti sedang menunjukkan emosinya.
Ah, aku nampak ia punya sinar didalam mata.
Senyum.
Rupanya ia suka aku.
Aku usap badan pepatung merah sambil bercerita tentang perihal hidup.
Kemudian ia terbang, aku rasa tenang sebentar.

Satu minit, ia datang kembali.
Aku dengar ia berbisik.

"Jangan menangis. Aku akan datang lagi jenguk kau. Janji!"

Aku angguk sambil senyum.
Ia terbang.
Dan aku pun pulang.
Sambil pegang janji pepatung merah.