Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, April 17, 2012

Jiwa.

Ada seorang gadis yang tiap hari Isnin hingga Jumaat akan menuruni tangga di sebuah bangunan besar dari arah kiri ke kanan dari anak tangga paling atas hingga lah ke anak tangga yang terakhir.
Emosinya pernah dihentak, dibaling, dipijak, semuanya lah pernah. Dia pernah juga menangis untuk mengisi masa lapang yang kosong dengan kesedihan. Nasib diri diratapi kerana berfikiran bahawa diri sendiri tidak pernah diadili dengan sempurna. Aku kira itu cuma salah faham yang dia cipta dengan emosi yang kurang rasional. Cuma alasan untuk tidak meneruskan misi ke masa hadapan seperti yang telah dirangkanya.

Puluhan hari dia mula belajar menggunakan hati untuk melihat setiap perkara dalam diri dan sekeliling. Setiap detik itu juga, ada banyak perkara di dalam dunia ini yang amat dikaguminya. Rapat-rapat, mata sentiasa dia pastikan untuk dijauhi cecair jernih itu bila tidak ada keperluannya. Dicubanya kini untuk mengisi kembali jiwa yang pernah kosong itu dengan sesuatu yang indah dan bahagia. Emosi cuba distabilkannya kembali. Bagi dia, apalah gunanya melayan luka dan kepedihan hidup sedangkan banyak lagi perkara indah didalam dunia ini untuk dinikmati dan dikagumi. Tidak perlu membuang waktu dengan cara itu.

Semalam dia berjalan menuju ke arah cahaya lutsinar untuk ke masa hadapan.
Playlist lama simpanannya sudah dibuang semua. Kini sudah dia gantikan dengan yang baru keseluruhannya. Rasa hidup kembali. Lega. Cukup lega.
Fikiran yang tercemar dia adukan pada Tuhan yang maha Esa. InsyaAllah, hajatnya pasti akan tertunai kelak.

Doa diteruskan tanpa henti.