Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, March 25, 2012

Kiraan.

"Satu, dua, tiga, lima, sembilan, tujuh, empat, tujuh, empat, sepuluhhhh!"
Tersenyum. 

Ada seorang kanak-kanak perempuan duduk di atas riba ayahnya sambil membelek pipi dan mengira saat lelaki itu menanti tiba giliran untuk ke kaunter. Ah, comel. Cuba mengira tapi habis tunggang terbalik. Bagi kanak-kanak seusia itu, yang penting adalah, permulaan dan pengakhirannya mesti betul - nombor satu diawal dan nombor sepuluh mestilah diakhir. Apa yang disebut ditengah tidak dia tahu betul atau tidak. Aku perhatikan lama-lama sambil tersenyum.

Tiba-tiba minda terfikirkan tentang hidup lagi. Sebenarnya begitu jugalah kita menjalani kehidupan masing-masing. Permulaannya adalah kelahiran dan pengakhirannya pasti kematian. Apa yang berlaku ditengah-tengah keduanya tadi adalah seperti kiraan tadi. Ada itu ini suka duka terjadi dalam hidup. Walaubagaimanapun, permulaan dan pengakhirannya kita tetap juga masih sama - kelahiran dan kematian.

Selesai urusan kaunter, aku perlahan-lahan bergerak menuju ke pintu keluar. Tapi telinga dapat mendengar jelas lagi dari tepi. Masih.

"Ayah, kenapa semut tak ada kaki dua macam kita?"
"Sebab semut rajin bekerja. Perlu banyak kaki untuk pergi sini sana"
"Tapi kenapa gajah ada kaki empat?"
"Sebab gajah berat. Kena banyak kaki untuk tanggung badan nak berjalan. Kan gajah besar.." 
"Tapi semut kecik. Kenapa ada kaki enam?"

Lelaki itu diam. Kemudian ada hilai tawa.
"Eeeee.. Bijaknya anak ayah ni. Mari sini nak geletek!"

Aku senyum dan berlalu. Dua minit kemudian, aku dialam nyata kembali.
Ah, aku berimaginasi lagi rupanya.
Tapi benarkan, hidup memang begitu?
Twisted disini sana. Tapi permulaan dan pengakhirannya takkan pernah berubah.
Senyum lagi.