Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, November 15, 2011

Qarin.

Lima, empat, tiga, dua, satu. Kadang-kadang tiada salahnya kita mencuba untuk melihat sesuatu dari perspektif berbeza. Seperti nombor juga. Tidak semestinya cara mengira seharusnya bermula dari nombor yang kecil dahulu. Begitu juga dengan norma-norma kehidupan kita. Kadang-kadang tiada salahnya kita mencuba sesuatu yang baru. Aku akui, pemahaman seperti ini aku tanamkan dalam minda kerana diri aku sentiasa dahagakan idea-idea baru dan mahukan jalan penceritaan hidup aku lebih unik dan menarik. Namun, semudah  mudah ABC, mudah lagi aku kebosanan dengan perkara yang sama setiap kali. 

Kalau sahaja aku ada sayap seperti kelawar, pastinya sudah merata aku terbang dan merantau tanpa had. Kalau sahaja aku punya kaki segagah harimau, pastinya sudah lama aku belajar untuk berlari lebih jauh dan lebih pantas. Ahh. Bilamana wujudnya perkataan 'kalau' itu, anggap sahaja kita mahukan sesuatu itu terlaksana seperti apa yang kita mahu. Tapi jika difikirkan, bukan semua yang menjadi dalam kategori 'kalau' itu adalah perlu. 


Setiap hari manusia sentiasa mencari apa yang boleh memuaskan hati mereka. Tapi terpulanglah bagaimana caranya. Ada orang melakukannya dengan cara memuaskan hati semua orang walaupun pada pihaknya sendiri tidak lah begitu memuaskan. Ada orang pula dengan cara membalas dendam hingga diri dapat tersenyum puas. Tapi jauh di dasar hatinya, dia sebenarnya sunyi dan sedih mengenangkan diri. Mungkin terlintas jua kenapa segalanya bermula dan untuk berpatah balik adalah seperti sukar kerana ego yang tinggi menguasai diri. Kita yang lain hanya mampu berdoa moga satu hari nanti ada lah hidayah buat manusia seperti ini. Ego hanya boleh dibunuh oleh diri sendiri sahaja kerana besar mana pun ia, hanya diri sendiri yang boleh menentukan sama ada sesuai atau tidak untuk dipertahankan. 


Aku tertarik dengan sesuatu sebenarnya. Manusia diciptakan dengan 'kembar'. Ya, setiap manusia itu ada Qarin nya sendiri. Selama mana hidupnya manusia itu, selama itu lah Qarinnya ada bersama. Terpisahnya jasad dan nyawa seseorang itu, maka terlerai jugalah ikatan antara sesama mereka. Dan bilamana manusia itu meninggalkan dunia, kadangnya akan ada yang masih hidup ternampak kelibat si mati tadi pulang atau berlegar-legar di tempat si mati selalu berada. Itu bukanlah peliharaan, bukan juga hantu belaan tetapi qarinnya. Jin pendamping setiap manusia. Bezanya, ada yang memelihara yang kafir, ada juga yang telah di Islamkan. Terpulanglah pada kita untuk memilih yang mana satu. Jika tersalah caranya, kearah yang negatif sahajalah terpesongnya kita. Jika disebaliknya, maka kearah yang positif lah kita kelak. Kesimpulannya?


Pilihan ada di tangan kita sendiri.