Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, November 16, 2011

Hitam & Putih.

Manusia selalu lupa. Bilamana kita mahukan sesuatu, kita meronta-ronta mahu mendapatkannya. Sukar bagaimanapun selalunya kita akan cuba untuk dapatkan juga. Tak semua yang kita mahukan itu sukar untuk kita dapatkan. Ironinya disini, bila kita sudah memiliki sesuatu, kita mula belajar untuk menjadi lupa dengan apa yang kita sedang ada. Yang lebih menyedihkan bilamana kita fikir kita sudah dapat sesuatu yang kita mahukan itu sedangkan pada dasarnya, kita tak pernah memilikinya. Lebih memburukkan keadaan, apabila kita sudah pun terlupa untuk menghargai perkara yang sebenarnya sementara itu. Sudahlah kita sebenarnya tidak pernah tahu bahawasanya kita tersalah anggap, dikusutkan lagi penceritaan apabila kita tidak mahu belajar untuk menyayangi dan memelihara ia. Kasihan. Manusia memang selalu rugi.

Hitam & putih. Kalau kau di posisi aku, yang mana satu kau akan pilih? Cuba kau loloskan pemikiran untuk masuk ke dalam satu keadaan yang sangat sempit ruangnya. Kau nampak tembok putih dikiri dan kanan dan disudut lain kelihatan pula warna hitam. Sedang sahaja kau mahu berkira-kira untuk memilih, semua ruang seakan-akan sama secara tiba-tiba. Cuba kau bayangkan. Cuba. Aku bilang, cuba lagi. Keliru? Ya, begitulah keadaan manusia setiap kali. 

Sekarang cuba kau bayangkan warna merah dan ungu. Mana satu kau fikir aku akan pilih sekarang? Merah? Ungu? Kalau pun aku beri kau peluang untuk berteka-teki, bila-bila masa juga aku boleh mengubah jawapan. Kontras dengan apa dalam fikiran kau? Atau kau makin keliru? Mungkin. Aku rasa kau sudah semakin keliru. Itulah tugas kau untuk memikirkan punca sebenar aku menaip itu dan ini diruang yang sudah aku pilih. Dalam udara, manusia mampu melukis dengan pandangan, dalam minda manusia boleh mewarna dengan imaginasi. Satu sudut yang kau sendiri pilih, seharusnya kau sendiri harus hargainya untuk diri sendiri. Bukan, sebenarnya aku maksudkan bahawa setiap manusia ada sesuatu dalam diri yang tak semestinya semua orang tahu. Renungkan diri kau dalam cermin sekarang. Lihat siapa yang kau sebenarnya nampak disitu. Tenung dalam-dalam.

Masih keliru?