Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, November 24, 2011

Bunga.

Rasanya, sudah jauh kaki ini melangkah. 
Manakan tamat ceritanya hingga Dia sendiri yang menamatkannya.
Senyuman atau tangisan, kita sendiri boleh memilih sebenarnya. Jangan bilang dunia ini tidak adil
atas sebab kesilapan kita sendiri. Kadang-kadang benda yang kita rancang tidak menjadi lalu kita salahkan takdir.
Jangan. Jangan dan jangan.
Silap kita sendiri, memilih sesuatu yang salah. 
Tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk nasibnya.
Bezanya cuma bangun atau terus duduk/meniarap/tergolek dan berharap akan ada yang datang membantu kelak.
Silap. Jangan itu yang kita lakukan. Belajar untuk mencintai diri sendiri. Sediakan ganjaran untuk sendiri.
Bukan kah kita sendiri yang lebih tahu apa yang kita mahukan dalm hidup?
Jadi kenapa kita mengeluh? Kenapa kita belajar mencerca dan mengkritik sedangkan kita tahu setiap manusia melakukan kesilapan? Bukan kah kita juga seperti mereka? Mahu kah kita minta dicerca dan dihina? Tidak. Sesiapa pun tidak mahukan itu. Oleh itu, jangan.

Semalam, aku lihat sesuatu yang jarang-jarang kelihatan. 
Cuma satu. Jangan berhenti berdoa.