Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, October 31, 2011

Urusan.

Azan subuh sudah kedengaran dari luar tingkap tapi mata masih belum mahu tutup. Baru sebentar tadi saja aku dengar bunyi kereta brek mengejut. Tapi untuk menjenguk ke luar tingkap bukanla menjadi kemahuan sekarang. Suara-suara orang yang masih berlepakan di kedai mamak pun masih kedengaran. Ternyata, aku bukan seorang diri untuk berjaga. Isnin, permulaan segala urusan rasmi untuk hampir semua negeri dalam Malaysia. Ya, aku tak perlu bagitahu pun kau memang sudah tahu. Another working day, another studying day as well. Perut berkeroncong minta diisi tapi aku tahu seharusnya aku sudah lama tidur tadi. Emosi sungguh. 


Ramai orang sebenarnya tak tahu bagaimana rutin harian aku berjalan setiap hari. Dan ya, malas juga untuk aku kongsi disini. Biarlah aku saja yang tahu. Lebih mudah dan senang sebegitu. Rumah. Ya, aku rindu rumah. Rindu suasana kampung halaman, rindu semuanya. Empat bulan menetap dirumah dulu memang aku manfaatkan sebaik mungkin untuk hargai setiap detik. Dan ya, itu termasuk juga bebelan emak dan abah. InsyaAllah nanti pulang lah aku. Jam sudah 550 pagi. Alahai mata, kenapalah kau berdegil? 
Aku tahu aku akan mengantuk bila matahari mula menunjukkan diri. Tapi bukan seperti matahari dalam Teletubies. Jika tidak tahu, silalah google.


Semakin hari, aku semakin dekat dengan masa hadapan. Makin dekat dengan apa yang dulunya jauh. Tak kisah lah. Aku cuma doakan semua urusan harian sama ada yang penting atau tidak akan berjalan dengan lancar. Ahh, berdoa dan berdoa itu perlu. Petang semalam mahu berjoging tapi hujan lebat membantutkan segalanya lantas Tesco menjadi lokasi lain untuk 'berjoging'. Bergegar jugalah purse. Hehe. Tapi tak mengapalah kan. Apalah salahnya bagi penghargaan pada diri sendiri bila perlu. Asyik bagi orang lain gembira saja. Untuk diri sendiri bila lagi kan. Baiklah, baiklahhh. Harus memaksa mata lelap sekarang. 


Fza, sila sedar diri sekarang! Grr. Zzzzzzzzzzz.