Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, October 16, 2011

Paranoid.

Empat minggu yang kadangnya hectic dan selalunya sangat rileks dan tenang. Macam-macam jenis orang aku dah jumpa sepanjang jangka masa ini. Ada yang tak suka mengalah, ada yang vegetarian, ada yang gila facebook, ada yang jenis langsung tak kisah, tak kurang juga ada yang suka kena mengenakan sesama sendiri, macam² lah! Pokok pangkalnya, banyak lagi rupanya benda yang aku belum discover. Things went well so far. Banyak perancangan baru dalam minda. Tahap kesabaran dan kewarasan masih stabil. InsyaAllah aku boleh dan mampu untuk survive. Penat memang penat tapi aku tahu ada insan yang lebih penat bekerja untuk melaksanakan sesuatu di satu sudut yang aku sendiri masih tak pasti. 

Setiap hari aku berharap supaya hari-hari aku akan sentiasa bertambah baik dari hari sebelumnya. Setiap hari juga ada saja benda baru yang akan buat aku tersenyum - walaupun kadangnya ia sekadar perkara² kecil yang selalunya tak terlintas di akal fikiran. Tapi aku sedar, perkara² seperti itu yang seharusnya aku lebih teliti selagi mampu buat aku gembira menjalani setiap hari aku. 

Ada perkara yang aku cuba elakkan. Contohnya sesuatu yang akan menyentuh berkenaan dengan hati. Ah, aku tak mahu ulas lebih mendalam kerana itu adalah tidak perlu rasanya. Dan aku masih yakin pada sesuatu yang cuma aku seorang yang tahu. 

Minggu depan family akan datang. Alhamdulillah ada yang berpeluang pergi haji tahun ini. InsyaAllah. Aku sendiri sangat teringin menjejak kaki ke tanah suci Allah itu. Persiapan minda harus dilakukan sekarang. Siapa tahun giliran aku akan tiba dalam masa terdekat. Senyum. 

Buka mata besar². Aku tak mahu terlepas pandang.