Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, September 10, 2011

Raksasa dalam diri.

Cuaca suram di luar tingkap. Ahh, awal pagi tadi hujan lebat aku kira. Kalau tutup langsir dan masuk dalam selimut sekarang memang boleh buat aku dibuai mimpi terus pastinya. 3 minggu yang sangat padat dengan segala macam hal duniawi. Penat tapi aku tahu semuanya pasti berbaloi. Minggu depan aku harapkan semuanya berjalan lancar. Episod baru bakal bermula. Episod lama masih ada dalam hardisk minda walaupun tak mampu dimainkan di alam nyata sekali lagi. Tak mengapalah, asalkan ia duduk di minda dalam keadaan baik.

Sebenarnya aku masih terperangkap dalam pemilihan beberapa perkara penting dalam hidup. Memang sukar untuk puaskan hati semua pihak terutamanya insan-insan yang aku sayang. Setiap pilihan pasti ada kebaikan dan keburukannya. Tapi di penghujung hari, aku tahu aku harus juga membuat keputusan untuk masa depan sendiri. Dalam bahasa mudahnya, sampai bila hidup aku harus ditentukan oleh orang lain? Ini termasuklah perkara yang ditentukan untuk aku secara tidak langsungnya juga disebabkan oleh rasa serba salah dan bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu dari berkecil hati. Alahai Fza..

Berdiri ditempat sesiapa pun takkan mungkin semudah yang kita sangka. Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Sesempurna bagaimana pun ia kelihatan pada permukaannya, mana mungkin kita tahu apa yang mereka lalui disudut yang lain kerana selalunya kita memandang seseorang dari sudut-sudut dominan yang tertera sahaja. Tapi siapalah kita untuk berkata apa yang perlu dan apa yang tidak pada diri mereka? Sedangkan dalam diri sendiri juga kita punyai musuh. Begitu jugalah aku. 

Tapi aku akan terus lawan raksasa yang ada dalam diri sendiri.