Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, September 21, 2011

Flaws.

Ada perkara yang boleh kita bincangkan dengan serius dan ada yang tidak. Sesetengah perkara tak perlu dibahaskan dengan mod yang penuh dengan emosi dimana arah tujunya belum tentu kemana. Kau tahu apa itu kemaafan tak? Dimana keadaan memaksa kita untuk mencari jalan untuk keluar dari sesalan dan teruskan hidup dengan lebih baik. Ya, lebih kurang itulah. 

Ada banyak perkara dalam dunia ini yang kita tak mampu huraikan dengan tepat. Jangan tanya aku perkara apa. Tapi kadang-kadang, kita terlalu mempersoalkan sesuatu hingga akhirnya kita hilang semua yang kita mahukan selama ini. Kemudiannya, barulah terkial-kial mahu menggapai semula apa yang mula menjauh. Hakikatnya, kita sendiri yang melakukan kesilapan dan menyalahkan tuhan dan orang disekeliling kerana tidak memberi peluang pada diri sendiri. Mungkin ada banyak perkara yang perlu difikirkan kembali. Cuma satu, tak semua perkara dan benda yang kita 'hilangkan' akan dipulangkan pada kita kembali. Sekurang-kurangnya, tak semudah yang kita sangkakan. Kita boleh memilih untuk menyesal tapi jika boleh elakkan penyesalan, bukankah itu lebih baik?

Hidup jangan kita pandang terlalu remeh atau terlalu serius. Selagi boleh, kita harus memilih untuk menikmatinya. Sebab kita takkan tahu bila kita akan diuji lagi. Dan seserius mana pun kita takkan boleh tafsir atau tilik dengan tepat. Tugas kita sendiri untuk memilih untuk ada dijalan mana dan masa depan seperti apa yang kita mahukan.

Dalam minda aku masih ada banyak yang perlu diselesaikan.