Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, August 13, 2011

Terperangkap.


Bilamana diri dihujani pelbagai dugaan serentak, hati jadi serba tak kena. Segalanya bagaikan salah dan mengecewakan. Kali ini aku tak tahu jika aku mampu mulakan semuanya dari awal. Mahu berbicara, lidah sudah kelu. Mahu meraung, tiada apa kelebihannya dihujung hari. Mahu menyesal, perjalanan masih jauh ditutupi kabus tebal. Bila harapan diletak terlalu tinggi pada kita, semuanya bagai satu beban yang sangat rumit keadaannya.

Bibir dan mata masih boleh tersenyum tapi hati sendiri tahu itu semua palsu belaka. Mahu berkongsi, bagaikan sukar. Mahu mengeluh, lebih baik bertahan. Akhirnya semangat merundum. Fikiran berkecamuk. Waktu semakin singkat tapi tindakan masih belum difikirkan dengan jelas.

Aku harap aku mampu membuat keputusan sendiri kali ini tanpa ada yang membantah.