Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, August 03, 2011

Mimpi


Minggu ni aku asyik bermimpi dan itu adalah sangat aneh. Kenapa? Sebab aku memang jenis yang jarang bermimpi. Lokasi tempat mimpi aku semuanya lokasi yang mencabar dan sangat cantik pemandangannya. Yang jelasnya, aku cuma akan ingat selama satu hingga dua minit dan semuanya akan hilang selepas itu. Okay tak, yang itu memang tak aneh buat aku. Sememangnya aku short term memory lost.

Ramadhan sudah tiba di hari yang ketiga. Gembira? Entah. Mungkin pada dasarnya aku memang kelihatan sebegitu tapi.. Ah! Esok aku ada agenda penting. Adalah perlu untuk aku berfikiran positif selalu tak kira apa jua keadaannya. Hujan lebat melanda sejak pagi lagi dan minggu ini sungguh kosong walaupun sebenarnya ia agak penuh. Memang, pathetic sangat.

Esok sudah puasa ke empat. Doakan agenda aku berjalan dengan lancar. 
InsyaAllah.

Ini 3 hari yang lepas.