Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, August 17, 2011

Melangkah.


Aku rasa kaki ini sudah jauh melangkah. Memang tak mampu ke hari semalam dan pilihan yang ada adalah hari esok. Dalam tangan ada dua pilihan dan hingga kini aku masih belum pasti yang mana satu harus aku putuskan untuk dibawa bersama ke hari-hari esoknya. Yang mana dalam fikiran nanti, yang itu yang akan aku terima pakai. 


Semakin hari, aku semakin dekat dengan masa depan. Kalau aku salah memilih jalan, aku harus pantas memilih jalan pintas untuk ke jalan yang betul. Betul atau tidak, hanya aku sendiri yang mampu tentukan. Pilihan tetap juga dalam tangan sendiri. Aku benci berkonflik dengan diri sendiri jadi aku akan biarkan ia memilih dengan hati yang rela. Dengan jiwa yang lebih ikhlas dan tenang. Tapi sejauh mana pun aku sampai kelak, ada sesuatu yang akan terus aku bawa hingga ke depan.


Dan aku mahu terus menerus mencipta memori yang akan selalu buat aku tersenyum.