Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, August 06, 2011

7954


Semalam aku tidur awal. Kepala pusing sejak mula terawikh lagi. Tapi seronok, aku temui ketenangan.

Hari ni aku bangun awal. 
Harus basuh pakaian putih itu kerana ada cecair jernih sedikit masin tertumpah disitu semalam sewaktu solat. Ya, aku careless. Maaf. Aktiviti hari ini mungkin sama sahaja seperti selalu cuma bila cuti, akan sedikit berbeza sebab mak dan abah ada dirumah bersama.

Oh ya, baju raya tahun ini warna hijau turquoise dan coklat! Akhirnya raya tahun ni aku dapat pilih baju raya sendiri sebab selalunya mak yang akan pilih sebelum ditempah. Harap-harap raya kali ini akan lebih bermakna. Cuma.. Dah tak ada tokwan yang akan baca doa kesyukuran disetiap pagi raya pertama sebelum makan. Dah tak ada kuih muih dalam talam untuk santapan kanak-kanak yang datang beraya dirumah tokwan. Dah tak ada insan yang aku sangat sayang itu didepan mata.

Aku suka raya sebenarnya. Sebab bila raya, aku akan jumpa semua orang. Dapat berkumpul dan bertukar cerita. Dapat melayan sepupu-sepupu dan anak sedara yang banyak kerenahnya sampai aku sendiri letih dan tertidur. Aku selalu rindu semua itu. InsyaAllah tahun ini akan tetap buat aku tersenyum walaupun banyak yang aku telah hilang sebelumnya. Tapi tak apalah, Allah sentiasa ada sesuatu yang indah untuk aku setiap hari. Itu aku pasti.

Ini untuk berbuka hari ini. =)