Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, July 30, 2011

Terbang dan takkan kembali.


Beberapa hari aku penuhkan masa memerhati gelagat manusia sekeliling. Dalam kesesakan orang ramai, aku nampak wajah-wajah yang pelbagai. Begitu juga keletah dan perangai. Ada yang penat, ada yang senang hati, ada yang tak puas hati, ahh banyak. Ada masanya, aku duduk di satu sudut dimana aku boleh memerhati segalanya dari situ sahaja. Aku sedang belajar tentang kehidupan. Walaupun kadangnya hati jadi sebak saat memerhati, aku masih bersyukur aku masih mampu fahami diri aku, masih mampu menjaga diri.

Orang kata, setiap yang berlaku sentiasa ada hikmahnya. Nampak macam ayat biasa tapi kuasanya besar. Satu perkara yang tuhan ambil dari kita, mungkin seribu perkara Dia hadiahkan pada kita dari masa ke semasa. Aku percaya itu. Sepertimana Dia beri kita hujan, dan kemudiannya ada pelangi indah menanti. Yakin. Aku cukup yakin.


Fokus aku sekarang, aku harus tahu apa yang aku nak. Aku tak mahu impian bergantungan dan ia cukup tinggi untuk digapai. Aku sedar aku sedang berpijak dibumi yang nyata. Kaki aku mencecah tanah dek bantuan sang graviti. Mana mungkin aku hanya berdiri sahaja melihat setiap apa yang disekeliling berubah wajah dan warna. Bertuahnya sebab aku cukup bersyukur dengan sifat aku yang sudah aku latih seperti  sesumpah yang mampu cepat berubah mengikut keadaan sekeliling. Tapi ya, selalunya aku lebih memilih untuk meneguhkan pendirian tentang siapa aku dan apa yang aku nak.
Pilihan sememangnya ada di tangan kita sendiri.
Aku akan lawan semuanya. Itu janji aku pada diri sendiri.