Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, July 13, 2011

Rumah.


Hari ini, aku sudah kembali mendengar lagu-lagu scremo yang jerit-jerit entah apa yang dijeritkan. Playlist yang beratus dengan lagu sedemikian buat aku rasa seperti harus digunakan sebaiknya bila perlu. Oleh itu, aku juga sedang gunakannya sekarang sewaktu menaip. Secara jujurnya, cuti aku kali ini tidak sama sekali sama dengan cuti-cuti sebelum ini. Jelas sekali aku semakin rapat dengan mak. Hampir kesemua tempat yang beliau pergi menyebabkan aku diheret bersama. Dan oleh kerana itu, aku rasa seperti sukar untuk berenggang dengan mak. Bila mak tiada dirumah, aku rasa sunyi. Contohnya, bila beliau ke kursus atau event dimana aku tidak dibenarkan diheret bersama.

Hari ini juga aku tidak perlu masak seperti biasa kerana mak sudah masak awal-awal pagi. Cuma tinggal masak nasi. Jadi kepala aku tak pusing nak fikir menu apa untuk hari ini seperti selalunya. Setahu aku, 90% jenis masakan yang aku tahu sudah pun aku masak selama ada dirumah. 10% lagi aku rasa cuma tinggal pastry dan biskut raya. Malah kek juga sudah banyak dimasak. Kek cheese blueberry dalam peti ais pun masih belum habis dimakan. T_T
Hari-hari pening fikir menu sebab aku tak suka bila menu yang sama diulang berkali-kali dalam masa terdekat. Bosan!

Petang ini masa aku agak terluang banyak atas faktor bantuan mak pagi tadi. Terima kasih untuk lauk itu. Jimat satu jam. Huuu. Terharu. =')
Baru sekejap ini pula telefon rumah berdering. Kaji selidik tentang pentadbiran negara katanya. Habis keluar soalan-soalan tentang negara. Corak pentadbiran Najib, menteri besar dan bla bla bla. Sebab pilihanraya sudah dekat punya fasal katanya. Entah, aku jawab saja mana yang aku rasa boleh. Garu kepala lutut juga sebab tiba-tiba pula. Mode terkejut mungkin. Baiklah. Sekarang aku mahu pergi melilau dalam rumah mencari aktiviti. TV? Takk, itu bukan teman baik aku. Masa TV aku cuma pada jam 6-7.30 petang sahaja selalunya. Malam aku malas mahu rebut remote control dengan abah. Tapi kadang-kadang saja cari fasal nak berebut juga. Waktu lain pula aku lebih suka buat perkara lain. Contohnya err.. Buli anak ayam belakang rumah? Entah. Mereka pun sudah bosan tengok muka aku tiap petang. Tapi satu perkara yang aku suka tentang mereka, bila saja aku keluar rumah bawa makanan, semuanya meluru ke arah aku dengan muka kesian kelaparan. Bila maghrib, mereka panjat tingkap aku. Grr. Kalau datang mood jahat, aku heret sekor masuk bilik dan biar ia terkebil-kebil dalam 2-3minit dan lepaskan semula. =.='

Baiklah. Mungkin kau pun sudah tertanya bila aku mahu pergi melilau dalam rumah sendiri. Ok, aku pergi sekarang. Mahu fikirkan plan untuk dapatkan masa depan yang comel bergaya dan cerah terang benderang. Harapnya.
*lambai-lambai*

Ini memang gambar yang paling professional dalam koleksi aku pun. Memang pun.