Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, July 10, 2011

Raksasa.


Mencari apa yang masih ada diminda adalah sesuatu yang paling sukar dan mengelirukan. Kadang-kadang kita rasa kita dah cuba yang terbaik untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak. Nyata cuma usaha sia-sia malah menghiris luka yang sudah lama sembuh. Ahh persetankan semua itu. Bukannya aku tak biasa cuba dan mencuba lagi hingga aku pun tidak tahu apa itu apa yang sebenarnya aku cari. Kadangkala sesuatu yang indah datang tapi terpaksa aku tepis dan ketepikan untuk menjaga hati pihak tertentu. Kononnya pengorbanan teragung yang aku mampu lakukan. Sedangkan untuk aku ada apa? Erti kecewa itu sudah lama sebati dengan jiwa bagaikan aku sudah di suntik antibodi palsu untuk melawannya yang setengah orang fikir virus. Bodohkah aku? Lebih baik aku tidak diberikan jawapannya. 

Aku akur yang aku terlalu ingin menjaga hati dan perasaan semua orang hinggakan kadang-kadang perasaan sendiri terabai. Aku biar hati aku dicalar, dicarik, dimamah hinggakan sudah tidak kelihatan seperti hati. Akhirnya, aku yang harus cantum dan lekatkannya semula menjadi bentuk hati walaupun sudah tidak kelihatan sempurna. Dan dipenghujung hari, aku harus pujuk diri sendiri lagi supaya tetap kelihatan tabah dan kuat. Aku amat ingin suarakan kepada seseorang tapi pada siapa? Mana mungkin ada yang mahu cuba mendengar. Nyata dan jelas. Bukannya aku seorang yang perahsia secara alaminya. Aku lebih gemar berkongsi. Insan yang aku harap boleh mendengar keluh kesah juga selalunya cuma ada pada sesetengah masa. Bukan kata sedih aku, gembira aku juga tidak sempat aku suarakan. Masa.. Kalau sahaja kita bersahabat baik. 

Salah faham, serangan hendap, tuduhan? Semua aku sudah lalui. Hati mahu sahaja menangis, mahu sahaja mencari doktor yang pakar dalam bidang jiwa raga. Tapi mana mungkin ada. Mana mungkin aku ketemu sebab selama ini aku sendiri yang cuba menjadi doktor sendiri dalam kepakaran itu. Ya, untuk diri sendiri. Untuk menjadikan diri sendiri lebih rasional dan tabah serta cekal serta... Entah. Tapi tak selamanya aku boleh melakukan sedemikian. Sedangkan doktor sebenar juga perlukan rehat yang panjang. Sudahnya, aku sendiri lebih cenderung untuk menjadi pesakit berbanding doktor. Aku juga perlukan rehat yang panjang untuk kembali bekerja untuk menjadi penjaga diri sendiri lagi. Cukup-cukuplah menghiburkan orang lain tidak kira masa hingga diri sendiri terabai, teraniaya dan terjerat.

Aku mahu noktahkan penindasan terhadap diri sendiri secepat mungkin.

Hati, tunggu ya. Tidak lama lagi kau akan bebas dan sihat kembali.