Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, July 14, 2011

Muka surat.


Kau pernah baca buku atau majalah atau cerpen atau apa-apa yang lebih dari satu muka surat? Katakanlah novel ya. Kadang-kadang kita sengaja mahu berada dan terus baca pada muka surat yang sama berulang-ulang kali. Sebab muka surat itu mungkin terkandung sesuatu yang kita suka, yang mungkin berkaitan dengan hidup kita. Atau mungkin juga sebab kita malas mahu baca muka surat seterusnya. Tapi cuba fikir semula. Kalau kita tidak selak muka surat baru dan teruskan membaca, bagaimana kita akan tahu penghujung ceritanya nanti? Sinopsis dibelakang? Aku tak rasa penulis akan tulis penghujung cerita di dalam sinopsis di belakang cerita. Jadi satu-satunya cara untuk tahu adalah dengan terus menerus menyelak muka surat baru setiap kali satu muka surat sudah habis kita baca. Hinggalah di muka surat terakhir. Lain lah kau cuma tanya sesiapa yang sudah membacanya. Lebih baik tak payah baca. Huu.

Begitu jugalah hidup kita. Suka atau tidak, kita harus menerima hari esok bila hari ini sudah tamat. Bezanya cuma, kita tak boleh menyelak muka surat sebelumnya dalam hidup.