Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, July 14, 2011

Consistent.


Aku mahu tanya kau, kau dan kau ni. Pernah tanam pokok tak? Baiklah. Cuba kau tanam dua biji benih dalam pasu dan kau letakkan pada dua tempat yang berasingan. Ya, keduanya di tempat yang cerah dan kau siram dan kau baja dengan sukatan yang sama untuk kedua-duanya. Ujikaji ini adalah diantara lima hari hingga satu minggu ya. Ok, disini bezanya yang kau kena buat.

Pasu 1:
 Kau hari-hari pergi siram sambil sembang dengan mood yang paling baik yang kau boleh buat. Puji dan nyatakan hasrat kau untuk lihat ia membesar dengan baik. Ceritakan apa yang menarik yang buat hari kau gembira. Segalanya indah lah. Tapi sekali sekala kau kena cerita kedukaan kau. Selang dua hari, kau marah sikit-sikit. Lepas tu kau ok balik.

Pasu 2:
Kau hari-hari haruslah pergi siram dengan mood yang paling teruk yang kau boleh buat. Marah dan abaikan bila kau rasa menyampah nak sembang dengan pokok yang entah dengar atau tidak apa kau kata. Ceritakan segala sakit hati yang kau ada dan cakap pada ia yang kau tak tahu kenapa kau tanam ia. Dan kau harus beritahu dia bahawa tujuan kau tanam ia pun kau tak tahu, sekadar mengikut kata FzaIbrahim untuk menanam ia. Selang dua hari, kau harus minta maaf pada ia dan kau janji akan tunggu ia membesar hingga cantik. Beberapa minit kemudian, kau buat perkara yang negative balik pada ia.

Ok, lakukan kedua-duanya setiap hari secara konsisten. Ya, konsisten okay!
Cukup lima hari atau satu minggu [bergantung pada anak benih kau membiak cepat atau tidak], kau lihat hasilnya. Benda ni kau dah pernah belajar masa Sains dekat sekolah dulu dan kau tahu apa yang berlaku.

Pasu 1:
 Anak benih bercambah dengan baik dan menjadi pokok yang sihat serta berkembang dengan pesatnya. Kata-kata kau dan masa indah yang kau luangkan pada ia buatkan ia gembira lalu rasa seronok untuk membesar seperti yang kau harapkan. Walaupun kadangnya kau ada marah ia dan lepaskan sedikit geram, ia tetap mahu membesar sebab ia dapat rasakan kasih sayang kau pada ia lebih kuat. Bila cukup masa, ia akan berikan hasil pada kau. Seronok kan?

Pasu 2:
Anak benih terbantut dan kemungkinan mati. Kata-kata kau dan masa yang kau luangkan untuk mengeji dan cuma bila kau rasa kau mahu dan perlu untuk berbaik dengannya membuatkan ia berkecil hati. Tahu kah kau bahawa tumbuhan juga tahu jika ia diendah dan diabaikan atau disayangi. Ada yang kata, aura baik dan kurang baik yang kita beri pada mereka boleh mempengaruhi pertumbuhan mereka. Walaupun kadangnya kau bersifat positif dengannya, tapi sifat negatif kau sudah mengatasi yang positif. Pokok kedua kau akan berkecil hati lalu lama-lama akan mati.

Sama lah macam kita manusia ni. Fikir² kan lah ya. Kau yang akan pilih sendiri.