Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, July 21, 2011

Adil atau...


Kadang-kadang, kita tak tahu dimana harus mulakan sesuatu. Begitu juga pengakhirannya. Kita mulanya yakin mahu akhirkan sesuatu di satu titik yang telah kita tetapkan. Bila sampai waktunya, kita berubah fikiran. Tak kira lah untuk bermula atau untuk berakhir. Ada orang kata hidup ini sebenarnya tak adil. Kontras dengan aku kerana sebenarnya aku rasakan ia memang adil seadilnya. Manusia adalah mekanisma yang membuatkan ia kelihatan tidak adil. Itu kata seseorang yang berfikiran dalam pada aku minggu lepas. Pada dasarnya, kita semua sama di permulaan. Melalui proses yang sama untuk memunculkan diri di muka bumi tuhan ini.

Seperti mana peluang yang datang itu harus dirembat selagi boleh, sedemikian jugalah ada setengahnya kita harus belajar bagaimana untuk melepaskan. Susahnya untuk mendapatkan sesuatu sama sahaja dengan susahnya untuk melepaskan sesuatu. Ya, itu adil. Cuma kalau kita bandingkan situasi, sememangnya ia kelihatan berbeza namun pada situasi asasnya, ia sama sebenarnya. Baiklah, tak perlu pening sangat untuk memahami maksud aku. Sedikit-sedikit kau, kau dan kau akan mengerti nanti. Hanya fikirkan ini, kenapa manusia mahu mendapatkan sesuatu? Dan kenapa manusia terlalu ingin melepaskan sesuatu. Ada juga sesuatu yang harus dilepaskan walaupun pada asalnya, itu lah sesuatu yang sangat-sangat dimahukan. Jadi sekarang, siapa yang sebenarnya memiliki kuasa untuk memilih? Kita bukan?

Kau tak rasa begitu juga kah?