Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, June 20, 2011

Harum semerbak.


Petang semalam aku pergi ziarah tokwan bersama mak. Kemudian, kami pergi ke 'rumah' tok pula. Sedang saja kami membaca surah al-iklas, ada nya bau wangi sekali lalu. Aku pegang lengan mak. Ohh, mak juga dapat bau itu. Harum semerbak. Kami pun tak pasti itu bau apa tapi ya, memang sekali lalu saja. Bau itu sungguh menyenangkan. Aku yakin itu pasti tok atau tokwan. Selalunya bila aku ke 'rumah' tok, bau itu akan singgah dengan cara yang sama. Sekali lalu. Subhanallah. InsyaAllah roh mereka tenang dan gembira disana. Akhirnya mereka bersama sekali lagi. Kali ini untuk selamanya setelah 9 tahun 'berpisah' kerana tok yang pergi dahulu pada 4 Oktober 2002.

Sudah 2 minggu tokwan tinggal di 'rumah' baru dan banyak perkara baru juga yang aku tahu. Tokwan sangat pemurah orangnya. Abah beritahu aku yang tokwan rupanya sudah banyak bersedekah di masjid dan tempat² tertentu.  Dan nilainya semua memang boleh buat orang terkedu bila mendengarnya. Tapi apa yang penting ialah keikhlasan beliau bila menderma. Itu pun kami semua tahu selepas dah discover itu ini ketika mahu uruskan segala apa yang ditinggalkan tokwan. Abah cakap, tokwan rupanya sudah awal² lagi sediakan bekalan di akhirat sana nanti. InsyaAllah, tokwan akan jadi salah seorang yang beriman disisi Allah.

Tapi itulah. Ada banyak perkara sebenarnya yang aku salute pada tokwan. Aku boleh teringatkan kelibat tokwan disetiap sudut rumahnya sebab tokwan memang bukan jenis yang duduk diam. Bila tiba musim rambutan, beliau akan kait dan ikat lalu jual. Bukannya sebab tak ada duit, tapi perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan tokwan bukannya jenis yang suka membazir orangnya. Kemudian, getah pun dijemur didepan rumah. Dengan durian dan kelapa lagi. Bila ke kebun, nampak pula kelibat tokwan sedang potong buluh untuk dijadikan galah untuk mengait buah. Ah, kau namakan apa saja, semuanya tokwan sudah buat. Betapa dia tidak pernah putus berusaha sejak dulu hinggakan benda itu sudah jadi satu kebiasaan walaupun tokwan boleh dikatakan sudah berada di tahap senang lenang. Ditambah pula dengan anak-anak yang alhamdulillah tidak sombong dan lupa diri. Bertuahnya tokwan.

Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk mereka. Aku juga mahu menjadi seperti tokwan. Tidak kedekut dan sentiasa mahu berusaha tanpa perlu meminta minta atau berhutang pada orang lain. Mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain. Dulu tokwan orang susah. Anak pun 9 orang. Tapi tak perlu merungut pun. Instead, dia berusaha sampai ada pada tahap sangat selesa dan stabil. Yang itu yang paling aku salute. Aku harap aku boleh jadikan tokwan sebagai role model untuk berjaya kelak. InsyaAllah.

"I wish i could find a place where we can meet again.."