Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, June 24, 2011

Bila waktu.



Semalam, aku ajak mak lepak di depan rumah. Sengaja ambil angin malam. Bintang sangat banyak dan aku suka itu. Sedang saja bersembang dengan mak, aku nampak tahi bintang diatas langit. Terdiam.
Kali kedua aku lihat secara live sepanjang aku hidup. Cantik.
Terus saja aku kata pada mak betapa aku sukakan setiap perkara berkenaan dengan ilmu mantik. Betapa aku sangat sukakan sains terutamanya bidang itu. Ya, ia unik. Sangat. But too bad, hasrat mahu terus mendalami bidang kesukaan tidak kesampaian. Aku kira tiada rezeki mungkin. Tak apalah. Hargai apa yang ada di depan mata. Bukankah begitu yang seharusnya?

Suasana sunyi sebentar. Lama aku tenung bintang² dilangit sambil baring diatas riba mak bertemankan lampu yang samar-samar. Dalam minda ada pelbagai perkara dan semuanya bercampur aduk.

 "Mom.."
"Hurmm..?"
"I wonder how does it feels to be down there.."
"Down? Where?"
"6 feets under.."
"Tu la.. Tokwan dah tahu la how does it feels like.."
"Too bad, we couldn't ask him.."
"Yeahh. But our time will come soon or later.."
". . ."

Suasana sunyi kembali.
Dalam gelap malam, airmata bergenang dalam diam.

Masa kita akan datang juga satu hari nanti.