Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, May 09, 2011

Tinggal esok saja lagi. Just one more day.


Esok? Kenapa dengan esok? Manusia selalu tunggu esok untuk laksanakan sesuatu berbanding hari ini.
Bilamana ada perkara yang baik akan berlaku esoknya, hati jadi tak sabar. Dan bilamana ada perkara yang buruk yang kau jangka dan tahu akan berlaku esok, kau berharap supaya esok tak akan datang dan tak akan pernah datang. Ini lumrahnya kita sebagai manusia. Tak kira lah diceruk dan ditengah mana pun tempat kau dilahirkan dan dibesarkan, ini memang sudah lumrah. Dan ya, tak kiralah siapa dan pangkat apa yang kau ada.

Esok, andaikata kau tahu akan adanya satu pertemuan yang bakal buat kau gembira, kau pasti tidak sabar menanti. Pasti tidak jemu tersenyum dan berangan hingga esoknya tiba. Sepertimana juga jika esoknya kau tahu kau akan berpisah dengan insan yang kau sayang, kau pastinya berharap supaya hari dan malam kau akan lebih perlahan. Ya, kau akan berharap supaya bumi berputar pada paksinya dengan lebih perlahan berbanding selalu.

Tapi, aku tak tahu apa yang aku rasa bila menjelangnya esok pagi. Bukan apa, cuma..

Esok paper terakhir aku. Esok hari terakhir aku berjumpa dengan semua classmates aku. Esok hari terakhir untuk pergi ke kampus untuk tujuan akademik aku. Esok juga harinya dimana semua orang akan mulakan hidup baru. Ya, selepas selesainya peperiksaan terakhir esok. 

Entahlah. Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan sekarang. Hurm..