Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, May 12, 2011

Tiang biru.


Kadangkala kita tak tahu dimana harus bermula atau bagaimana untuk akhirkan sesuatu. Tapi ya, aku sudah pun mulakan sesuatu dengan tidak sengaja dan aku harap aku takkan bertemu penghujungnya. Memang bukan mudah untuk aku kawal situasi kerana semuanya sudah ditentukan oleh tuhan yang satu. Kerana itu juga aku tidak berani merancang sesuatu yang terlalu besar terlalu kerap kerana aku takut akhirnya aku jatuh tersungkur hingga tak mampu lagi bangun. Bila ditakdirkan perkara yang tidak aku ingini, aku mungkin akan menitiskan airmata. Bukan kerana aku adalah seorang perempuan tapi kerana aku adalah seorang manusia. Ya, seorang manusia yang cuba mengerti tentang sesuatu yang subjektif. Tapi ya. Bukannya aku tak biasa melalui saat-saat getir dan pahit. Bukannya aku tak tahu bagaimana untuk menghadapinya dengan lebih baik. Malah, aku pernah hadapi yang lebih hebat dari itu. Dimana sesuatu itu telah memisahkan aku dengan insan yang aku sayang dan cintai buat selamanya.

Dan ini salah satunya. Inilah juga tiang biru itu. Baru sahaja aku ziarah petang semalam.
Moga tenang dia disana. InsyaAllah.