Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, May 31, 2011

Secretive.


Adakalanya bila sesuatu terjadi, hati seperti membiarkannya berlaku tanpa sedar hinggakan bila satu saat tiada lagi tertahan, semuanya mungkin akan terungkap. Bilamana jalan cerita yang kita telah lakarkan secara kasarnya dengan harapan akan tertunai itu jauh sekali dari apa yang dirancang, diri sendiri tertanya-tanya dimana silapnya. Oh ya, sebenarnya kita tahu dimana silapnya cumaaa.. Mahu baiki atau tidak?

Dua minggu menghilang, banyak benda sudah aku belajar. Tentang hidup. Tentang perasaan sendiri. Tentang pemikiran. Ya, siapa manusia yang kita lihat didepan mata, jangan kita hakimi secara kasarnya. Kerana aku sudah banyak kali tersalah tafsir tentang itu ini hingga aku lihat sendiri depan mata. Yes, seeing is believing. Itu salah satu cara untuk aku memahami sesuatu. Cuma.. Semua perkara tak semudah yang kita sangka. Kadangnya aku salah faham dua kali ganda dari yang sepatutnya. Kau tak faham? Ok, tak mengapa.


Dalam fikiran masih punya saki baki perkara yang harus aku fikirkan dengan lebih mendalam.
Mungkin betul kata Zhen, aku jenis perahsia. Tetapi bukan dengan sengaja. Habis tu kenapa aku setuju kata-kata beliau? Sebab bila aku dah mula naik malas, aku tak akan cerita. Cukup biar aku seorang sahaja tahu apa aku rasa.

Rasanya begitu lah. Mungkin.
Ini gambar Jumaat lepas.