Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, May 02, 2011

Kerana dia yang saya sayang. =)


Kau pernah jatuh? Pernah? Aku? Pernah. Jatuh basikal, jatuh tangga, jatuh pokok, jatuh semualah! Tapi itu bukan jatuh yang aku maksudkan. Ini jatuh yang lain. Dalam dunia ni, bukan senang mahu mencari seseorang yang betul² boleh berdiri dan duduk dengan kau disaat sukar dan kritikal. Masa senang memang banyak. Ahh, yang itu tak perlu aku beritahu kau pun. Dalam hidup, aku dah banyak bergaul dengan manusia yang berbeza beza pendapat, pandangan dan idea. Tapi bagi aku, itu bukan satu masalah sebab itu yang membuatkan hidup lebih banyak untuk diterokai dan lebih menarik. Ya, walaupun selalunya menyakitkan hati dan buat kau rasa sedih. Tapi tak apa, memang sebegitulah selalunya, bukan?

Bila aku balik bercuti ke rumah, akan ada seorang manusia yang WAJIB aku ajak jumpa. Bukan lah bermaksud setiap kalinya kami akan dapat berjumpa, tapi sama-sama akan cuba untuk berjumpa. Ahh, kekasih awal dan akhir memang begitu. Bila jumpa, masing² akan update perkara baru dalam hidup masing². Bila hari biasa, kami jarang kontek. Almost none. Tapi masing² tahu jaga diri sendiri. Manusia ini? Ya, antara manusia yang paling aku sayang dalam dunia. Jangan kau berani ambil dia dari aku. Dan jangan kau berani sakiti dia. Walaupun aku selalu usik dan kenakan dia [tapi sekarang, aku pun dah mula terkena balik. Grr], tapi itu yang sebenarnya yang buat kami lebih akrab, lebih dekat dihati. Aku tahu, dia lebih faham dan kenal siapa aku. Sesuatu yang tak perlu aku bahaskan secara lisan boleh dia fahami dengan mudah. Kami meningkat dewasa sama-sama. Dari budak sekolah yang entah apa yang dipakainya zaman dulu sampai lah ke zaman remaja yang mula kenal erti cinta. Mula kenal apa itu trend. Apa itu kebebasan. Kami buat apa yang kami suka. Kami terokai apa yang baru bersama, kami kongsi kebanyakan minat kami. Ohh ya, kerana apa yang aku suka, dia juga suka. Begitulah disebaliknya.

Bila datang saat hatinya dicuri orang, aku disini yang selalu setia mendengar. Begitu juga kisah aku. Walaupun saat itu kami jauh, teknologi menghubungkan kami. Dia menangis, aku menenangkan. Dia ketawa, aku turut serta ketawa. Setia. Ya, dia sahabat yang setia. Aku senang bila dia ada bersama aku. Bagaikan kami sudah berkongsi jiwa dan pemikiran. Salah faham itu biasa tapi lama² kami akan okay sendiri. Masing² sudah faham kerana masing² sudah mula meningkat dewasa. Pengalaman banyak mengajar kami untuk lebih memahami sesama sendiri. Mungkin kerana itu juga aku boleh memahami isi minda dan hatinya walaupun dia cuma berdiam diri kadangnya. Aku nampak dia lebih matang sekarang berbanding dia yang aku kenal beberapa tahun yang lalu. Sahabat, betapa pengalaman banyak mengajar kau untuk menjadi siapa kau hari ini. Aku bangga dengan kau. Senyum.

Dia si gadis yang murah dengan senyuman dan tawa. Tapi bila airmatanya mula jatuh, aku jadi lemah. Kerana aku sedar bahawa sebahagian jiwa aku sedang bersedih. Dari situ aku belajar untuk melawan dan aku tahu aku harus membantu untuk memulihkan keadaan. Dan selalunya, kurang dari 1 jam itu sudah mencukupi untuk membuatnya ketawa dan tersenyum kembali. Dendangkan dia dengan gitar, rekakan dia cerita lucu, nyanyikan dia lagu kegemarannya, apa sahaja caraa untuk buat dia kembali pulih. Sekurang-kurangnya buat waktu itu. 

Presenting you, Aini. Senyum.

Sahabat, kita akan selalu ada untuk sesama sendiri, bukan?