Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, May 03, 2011

Tolonglah hentikan.


Kenapa kau suka buat kat orang itu dan ini? Kau tak fikirkan perasaan orang lain ya? Kau mahu ikut kepala kau sahaja. Bila kau senang hati, kau gembira dan mood kau baik, kau buat macam tak ada apa yang berlaku. Kau kena ingat, manusia semuanya ada perasaan. Kalau mahu ikutkan kepala kau seorang sahaja, mana boleh. Aku tak nafikan, kau baik tapi sikap kau tu buat orang lain sakit. Memudaratkan orang lain. Jangan sebab aku ni cepat berlembut hati, kau suka-suka hati buat aku macam ni sekali. Aku banyak dengar cerita tentang kau, ada yang telah dibuktikan depan mata aku sendiri, tapi aku yang buat tak endah. Kononnya aku lebih percaya dengan apa yang aku alami sendiri. Ya, aku bodoh. Sedangkan semua perkara yang dihadapkan di depan mata aku tu perkara serius. Yang tak pernah aku sangka dan tak pernah langsung terlintas dalam akal fikiran orang lain juga.

Aku kecewa dengan sikap kau. Aku tak tahu apa yang kau lalui selama ni sehinggakan jalan sebegitu yang kau pilih. Memang, aku bukan ditempat kau. Kononnya aku takkan faham situasi kau. Kononnya hidup aku jauh lebih baik dari kau. Kononnya. Jangan la jadikan alasan macam tu untuk kau buat entah apa-apa. Hebat sangatkah? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Apa yang kau fikirkan tentang hidup ni? Tak adil? Memang tak adil tapi kau bertindak bodoh dan menyakitkan hati orang lain tu bagus sangatkah? Orang jaga aib kau, jaga cerita kau dengan harapan kau berubah. Supaya kau akan sedar bahawa itu bukan jalan yang terbaik dan cara kau salah. Tapi kau tak sedar, kau fikir takkan ada sesiapa yang tahu aktiviti kau. Entahlah. Lepas ni siapa pula yang akan kau buat itu ini. Asal ada kawan baru saja, kau pun mulalah. Kau tipu sini sana menjaja cerita entah mana satu yang betul. Sedih aku.

Maaf aku terlalu lantang. Tapi kau memang dah melampau.
Berubahlah. Aku bukannya kejam sangat tapi aku tak tahu macam mana nak tegur kau. Aku masih hormat kau walaupun apa yang kau dah buat selama ni. Sungguh. Aku masih sabar sebenarnya walaupun sangat terkilan. Tapi siapa aku untuk menghukum? Aku bukannya tuhan. Cuma satu aku nak cakap.

Semuanya masih belum terlambat.

Jangan lah kau hanyut dengan urusan dunia hingga kau lupa diri. Semuanya disini takkan kekal sampai bila². Kalau kau nak tunggu tua baru nak bertaubat dan menyesal untuk semuanya, kau tahu kah bila kau akan mati? Aku tak kata aku sangat alim tapi sedarlah. Tuhan itu melihat apa yang kau lakukan. Dan ya, lama-lama kisah kau orang lain tahu juga. Mungkin bukan dari aku, tapi orang lain. Tak perlu menjaja muka market kau tu untuk kesenangan yang hanya sementara. Jangan lah buat lagi. Hentikan semuanya. Kalau kau masih anggap aku kawan kau pun aku dah cukup gembira. Dan ya. Aku tahu kau sedang membaca.

Berubahlah. Orang lain juga punya perasaan. Adil lah pada diri sendiri.
Aku tahu kau boleh lakukannya. Aku yakin. Masih.


Comment function is disabled for this entry. Thank you.