Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, May 01, 2011

Bebuih sabun.


Aku teringin sekali berlari seperti dulu. Mengejar bebuih sabun yang terbang di udara. Ahh, aku rindu zaman masa kanak-kanak. Masalah bukannya tiada tapi entahlah. Indah. Dulu masa kecil, selalu teringin jadi cepat dewasa. Mungkin kerana aku mahu bebas lakukan apa yang aku mahu. Bila sudah capai tahap yang dulunya aku inginkan, mahu pula kembali ke zaman itu kembali. Bukan maksudnya aku tak bersyukur, cuma terkenangkan indahnya kebebasan yang aku ada dahulu. Sekarang pun bebas cuma dari sudut yang lebih meluas. Masalah dahulu pun tak sama dengan sekarang. Dulu, nak bercinta pun kena sound sana sini. Sekarang, siap ditanya dengan siapa aku berkawan, seriuskah aku, bla bla bla. Sampai naik muak aku dengar soalan yang sama berulang kali. Huu.

Kontras dulu dengan sekarang memang banyak dan ketara. Aku yang dulu lebih periang tapi kurang sensitif dengan keadaan sekeliling. Sekarang lebih detail dengan apa yang ada disekeliling aku dan aku lebih spesifik dengan apa yang aku mahu. Dulu, aku lebih banyak pendam sendiri tapi sekarang lebih banyak bersuara. Yang paling ketara, dulu aku penakut dan kurang keyakinan diri didepan orang ramai. Tapi sekarang, aku dah tak kisah. Ya, aku ajar diri aku untuk jadi lebih berani. Harus tahu berkata-kata di depan orang ramai untuk tambahkan keyakinan. Itu yang sudah aku lakukan untuk tempoh 3 tahun ini. Aku cabar diri aku lakukan pelbagai aktiviti. InsyaAllah, aku rasa aku sudah mencapai target nan satu itu. Senyum.

Sekarang ada target baru lagi. Harus bersiap sedia untuk mengejar itu dan ini pula.
Tarik nafas dalam-dalam.
Boleh kau, kau dan kau turut serta sekali bagi semangat tak? =)