Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, April 13, 2011

Sukarkah untuk memaafkan?



Kata orang, bila kita pergi ke tempat baru, kita harus tahu menyesuaikan diri dengan sekeliling. Tapi masalahnya timbul bilamana untuk menyesuaikan diri di tempat yang sama pun masih menjadi satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Kenapa? Mungkin kerana setiap yang ada di sekeliling kita itu sentiasa berubah. Mungkin.

"Forgiveness is the sweetest revenge."  
-Isaac Friedmann

Sebagai seorang manusia biasa, aku ingin bertanya.
Sukar sangatkah untuk memaafkan seseorang? Ohh ya, memang tak mudah. Tapi bila difikirkan kembali, apa pula yang kau, kau dan kau dapat bila tidak memaafkan orang lain? Maksud aku, selain sakit hati, geram, marah, dendam, benci dan menyampah. Apa lagi yang kau dapat ya? Entahlah. Mungkin kerana si ibu dan ayah selalu berpesan untuk tidak berdendam dan cuba belajar untuk memaafkan. Tak kira besar mana pun perkara yang kita rasa amat menyakitkan hati, doakan sahaja supaya perkara akan jadi lebih baik kelak. Mudah? Tak. Yang penting, kita ikhlas melakukannya. Aku, secara personalnya tak pernah tahu bagaimana cara untuk berdendam. Syukur kerana tidak pernah rasa mahu mempraktikkannya. Entah, aku rasa rugi dan buang masa dengan itu. Hidup? Ya, hidup ini bukannya sentiasa indah dan bukan juga terlalu panjang untuk aku bazirkannya dengan perasaan sedemikian. Target aku cuma satu, menuju ke destinasi 'akhir' dengan perjalanan yang lancar. Bukan bermaksud aku tak punya masalah seperti kau, kau dan kau sekalian. Cuma, aku mahu lebih berfikiran matang untuk menyelesaikan perkara yang menyerabutkan otak ketika perkara seharusnya berjalan dengan mudah.

Perkara yang paling penting?



"Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future."  
-Paul Boese

Maafkan diri sendiri dan mulakan kehidupan baru yang lebih baik.
Belajar dari kesilapan dan jangan ulanginya jika mahukan sesuatu yang lebih indah.
Ingat, JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG SAMA DENGAN SENGAJA.

Sebab kau sendiri sudah tahu dan sudah alami kesannya.