Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, April 16, 2011

Si kecil.


"Ummi.. Bila waled nak balik jumpa kita?"
"Waled rindu tak, ummi?"
"Ummi, nanti suruh waled belikan aiskrim tau!"
"Ummi.. Kalau waled balik, tolong kejutkan.. Janji??"

Soalan dan pesanan si kecil itu buat aku tersenyum. Terlalu rindu barangkali. Aku juga. Lima belas minit aku lihat dia terbaring atas sofa dengan airmata mengalir tersedu sedan hingga akhirnya tertidur sendiri. Comel. Anak kecil itu belum mengerti erti hidup tapi kelak dia akan lebih memahami perjalanan yang akan ditempuhi. 
Gambar di atas meja aku capai. Putih oren. Aku senyum. Kemudian aku alihkan pandangan pada sudut dinding. Gambar kenangan. Aku senyum lagi. Cepat lah pulang. Kami rindu.

Perlahan lahan aku dekati si kecil tadi. Aku usap kepalanya lalu pipi dicium. Tidur lah dengan nyenyak sayang. Dan aku bisikkan sesuatu di telinganya.

"Moga kita akan selalu bahagia bersama dan tiada halangan besar yang menimpa hidup.."

Hati.
Kau yakin bukan?