Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, April 07, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang. =)


Sejak dulu kau sayang aku. Kau belai aku dengan penuh kasih dan cinta.
Selalunya kau tunaikan impian dan apa yang aku mahu. Memang tak semua tapi tetap ada.
Mungkin kadangnya aku tak sedar betapa dalamnya cinta kau pada aku. Betapa sayangnya kau pada perempuan yang kau selalu rindu ini.
Wajah kau, takkan sekali pun aku lupa. Dulu, aku sukar memahami pengorbanan yang kau lakukan.
Aku selalu lupa dan leka dengan apa yang ada di depan mata bila kita berjauhan.
aku selalu alpa. ='(

Kadangnya kau terluka kerana aku. Aku tak tahu jika kau sedih atau gembira disana.
Ya, kerana kita berjauhan. Selalu sahaja begitu. Tak seperti dulu. Kita rapat.
Tapi walaupun jauh, kita akrab. Kita saling berkongsi cerita. Kisah kau dan kisah aku saling bertukar.
Mulanya aku tak mengerti. Kau juga, ketika itu masih kaku dan tidak tahu bagaimana mahu membuat aku mengerti. Betapa kau selalu berpesan supaya diri ini dijaga rapi. Pertahankan apa yang harus aku pertahan. Kata kau, hidup ini tak mudah. Dugaan dan cabaran sentiasa ada dimana-mana. Kadangnya aku menangis. Tapi kau selalu ada disana walaupun jauh dimata tapi dihati, kau dekat sekali. 

Tuhan, terima kasih kerana beri aku dia.
Terima kasih kerana akhirnya kau fahamkan aku. Kerana Kau kurniakan aku akal dan perasaan.
Kerana Kau mencipta dia dengan sempurna sekali untuk aku.
Dia adalah perkara terindah dalam hidup aku.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.
FZA SAYANG MAK SELALU.
MOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.
Moga gembira selalu dan kuat dalam melawan segala dugaan dan cabaran.

Mak,
TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA.
Terima kasih kerana ciptakan keluarga yang gembira ini.
Terima kasih kerana jaga kami adik beradik.
Terima kasih kerana selalu ada untuk kami tak kira betapa sukarnya keadaan.
Terima kasih yang tak terhingga sebab lahirkan Fza dan adik².
Kami semua gembira dan bahagia bila mak ada.

Mak..
Cinta saya untuk awak sampai mati saya bawa.
Takkan pernah ada pengganti.

Sebak.